Followers

Thursday, July 15, 2010

TERIMA KASIH

Tulisan ini hanya tulisan semula berdasarkan keratan akhbar yang tak pasti tahun berapa. Tujuan saya menulis semula semata-mata untuk mengumpul suadara-mara yang lama telah terputus. Sekurang-kurang kita dalam mengenali antara satu sama lain melalui laman ini.Saya juga ingin menyampaikan salam daripada bonda Habibah Binti Hj Abd Rahman yang berada di Muar, Johor kepada sesiapa sahaja khasnya saudara-mara dimana berada dan yang mengenali.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekiranya ada diantara saudara mara kita yang dapat memberikan sumbangan sebarang fakta-fakta tentang Dato Abdullah supaya kita dapat memperkayakan maklumat dalam blog ini.Saya difahamkan Dato Abdullah juga ada menjaga beberapa orang anak angkat. Kepada yang mengenalinya bolehlah menghantar nama-nama mereka untuk dimasukkan dalam blog ini.

SENARAI A. NAMA ISTERI, ASAL, TARIKH & TEMPAT NIKAH, TARIKH MENINGGAL/CERAI

1. Halimah Binti Kamar, Sebatu Merlimau Melaka, Tahun 1896, Merlimau Melaka, Meninggal 28/10/1923 @ Buloh Kasap Segamat.

2. Serom Bt Adam, Kuala Paya Segamat, Tahun 1910 Kuala Paya Segamat, 10/01/1939 @ Mekah.

3. Esah Bt Bilal Ismail, Gelang Cincin Segamat, Tahun 1912 Gelang Cincin Segamat, Bercerai 1912.

4. Mariam Bt Mohd Tahir, Kg Peringgit Pengkalan Rama Melaka, Tahun 1923 Peringgit Pengkalan Rama Melaka, Meninggal di Buluh Kasap tahun 1973.

5. Jaba Bt Suboh, Kg Sebatu Merlimau Melaka, Tahun 1925 Kg Sebatu Merlimau Melaka, Bercerai di Merlimau Tahun 1925.

6. Cik Wok, Terengganu, Tahun 1926, Buloh Kasap Segamat, Tahun 1927.

7. Thom Bt Wok, Pahang, Tahun 1927 Buloh Kasap, Meninggal di Bulok Kasap 1975.

8. Zabedah Bt Ahmad, Kota Bahru Kelantan, Tahun 1939 Sepinang Segamat, Meninggal diKelantan

9. Jariah Bt Ali, Kuala Tandong Buluh Kasap , Tahun1940 di Buloh Kasap, Meninggal di Port Dickson Negeri Sembilan Tahun 1978.

SENARAI B : NAMA PENUH ANAK-ANAK DATO’ HJ. ABDULLAH MAHAT BIN ABD MANAN


BILANGAN ANAK NO. NAMA ANAK JANTINA (L & P), TARIKH LAHIR, TEMPAT KELAHIRAN &  NAMA IBU

1 SHARIFAH P 1898 BENTAYAN, MUAR HALIMAH

2 ENDIT L 1899 BENTAYAN, MUAR HALIMAH

3 SHARIAH P 1901 BENTAYAN, MUAR HALIMAH

4 ROHA P 1903 SEGAMAT HALIMAH

5 - L 1904 GEMAS HALIMAH

6 - P 1906 BULOH KASAP HALIMAH

7 - P 1908 BULOH KASAP HALIMAH

8 AHMAD L 18/09/1910 BULOH KASAP HALIMAH
ISTERI PERTAMA: ESAH BITI PUKAT
  1. NURIAH
  2. AL-AMIN
  3. HAMDAN

ISTERI KEDUA: NYOYA BT HJ MUSTAFA
  1. ROSLINA
  2. HAFIZ (MD)
  3. ONN
  4. HAMIDAH
  5. FADIL
  6. HAFSAH
  7. ABDULHALIM
  8. SUHAILA
  9. HALIMAH
  10. MHD NASRUDDIN
  11. FAIRUZ

9 RAFEAH P 1912 TANDONG, BULOH KASAP HALIMAH

10 ABD. AZIZ L 1913 TANDONG, BULOH KASAP SEROM

11 FATMAH P 1915 BULOH KASAP HALIMAH
SUAMI: HJ ABDUL RAHMAN BIN HJ OMAR
  1. FATIMAH
  2. ABD KADIR
  3. BAHDARIAH (MD)
  4. HABIBAH
  5. MAHADI (MD)
  6. HASBULLAH
  7. MARSILA (MD)
  8. MAHBOB (MD)
  9. JAMILAH (MD)
  10. ZAINON
  11. HAMIDI (MD)


12 ADNAN L 1915 BULOH KASAP SEROM

13 MAHANI P 1917 BULOH KASAP HALIMAH

14 MAHANOM P 1917 BULOH KASAP HALIMAH

15 ROSHDI L 1917 BULOH KASAP SEROM
ISTERI: KALTHOM BT HJ OTHMAN
  1. AS'AD
  2. MOHAMAD
  3. NAJMI
  4. NAJIDAH
  5. RAIHANA
  6. MOHSIN
  7. ABDULLAH
  8. AZMAN
  9. RAWIAH @ RAWIHA
  10. RADZHIR
  11. HAMDIZA

16 MAZNAH P 1918 BULOH KASAP SEROM

17 KHADIJAH P 1920 BULOH KASAP SEROM
SUAMI: AHMAD BIN PUKAT
  1. MAZNAH
  2. ZAINAL OMAR SHAKRI (MD)
  3. SHAMSIAH
  4. JAMIAH
  5. MD KHARID
  6. SA'ADAH
  7. ZUBAIDAH (MD)
  8. UMMU SALMAH
  9. MD NASIR
  10. ADB HADI

18 ZAWIYAH P 1922 BULOH KASAP SEROM

19 ALIAH P 1924 TANDONG, BULOH KASAP MARIAM

20 AZIZAH P 1924 BULOH KASAP SEROM
SUAMI: HJ AHMAD BIN HJ JAMALUDDIN
  1. MAHMOOD
  2. MAZLAN (MD)
  3. MOKHTAR (MD)
  4. NORAINI
  5. ABD WAHAB
  6. ZAHARAH (MD)
  7. NARIMAH
  8. NORLELA
  9. JAMIL (MD)
  10. ISMAIL
  11. NOR SAADAH
  12. KHAIRUDDIN
  13. ZUALKIFLI
  14. UMI KALTOM
  15. KHAIRAH

21 NIKMAT L 1925 BULOH KASAP MARIAM

22 ASIAH P 1926 BULOH KASAP SEROM
SUAMI: HJ HAMDAN B HJ ABD GHANI

  1. RASHIDAH
  2. FADHILAH
  3. (MD)
  4. KAMALIAH
  5. SAEDAH
  6. ABD MURAH
  7. (MD)
  8. MARSITAH (JUNAI)
  9. ROZITA
  10. MOHD ABID
  11. MADIHAH
  12. DORA (MD)
  13. BADRI
  14. (MD)
  15. MOHD FAUZI
  16. SHAHIRAH
  17. (MD)
  18. NURUN NISA'
  19. (MD)
  20. (MD)

23 ABD. SAMAD L 1926 BULOH KASAP MARIAM

24 AHMAD SHUKOR L 1927 BULOH KASAP SEROM

25 FATIMAH (UDA-TOYAH) P 1927 BULOH KASAP MARIAM
SUAMI : MOHD NOR BIN EMBAM
  1. RAHIMAH(MD)
  2. AHMAD ZUBAIDI (MD)
  3. SELAMAH
  4. ZAMANI
  5. SUHAIMI
  6. RAINI
  7. SITI ZAHURA ( ZAINOR )
  8. NOR ZAIMAN
  9. SHAMSUDIN (REHAN)
  10. NORSEHA
  11. NOR ROZILAWATI
  12. NORHISHAMUDDIN
  13. SUZANA
  14. SITI MARIAM

26 SULAIMAN L 1928 BULOH KASAP SEROM
ISTERI : RADZIAH BINTI ABDULLAH
  1. NOR HOSNI
  2. RAMIZAN
  3. JAIZAN
  4. AKMAL
  5. ADIB
  6. HAFIZAH


27 ZAHARAH P 1929 BULOH KASAP MARIAM
SUAMI : JAAFAR BIN HJ MUSTAFFA
  1. JAMALIAH

28 ZAMNAH P 1930 BULOH KASAP SEROM
SUAMI : AHMAD BIN DAWI
  1. MOKHTAR
  2. NORSILA (NENG)
  3. NAJIB (M)
  4. MOHD FARID
  5. MAHDZAR
  6. MULIANI
  7. MAIMUNAH
  8. NORMALA
  9. SHAHRULZAMAN
  10. ZANARIAH
  11. AZMAN

29 MUSTAFFA L 1931 BULOH KASAP MARIAM
ISTERI : AZIZAH BT MOHAMAD
  1. HAMIMAH
  2. HASHIMA
  3. ANITA
  4. ZAINAL ABIDIN
  5. KHAIRUDDIN
  6. ZAIDI
  7. MOHD KHAIRI


30 YUSOF L 1933 BULOH KASAP SEROM
ISTERI PERTAMA: TIMAH BT MOHD NOR
  1. JAMILAH (MD)
  2. JAMALIAH
  3. ZULKIFLI (MD)

ISTERI KEDUA: ZABEDAH BT HJ SADDON
  1. JAMALIAH
  2. NORMALA
  3. JAMALUDIN
  4. MOHD NAJIB
  5. AHMAD NAZRI
  6. ZAMRI

31 JAMALUDIN L 1934 BULOH KASAP MARIAM
ISTERI : HAMIDAH BINTI BAKRI

  1. YUSRI
  2. SHAZMI
  3. NADIRA

32 HAMIDAH P 1936 BULOH KASAP SEROM

33 SAHIL L 1938 BULOH KASAP SEROM

34 AISHAH P 1939 BULOH KASAP SOM

35 ROSMINAH P 1942 BULOH KASAP JARIAH
SUAMI: MOHD NOH BIN HJ JAMALUDIN
  1. NORA
  2. YAHAYA
  3. YUZRI
  4. NORLIA

36 ABD. MANAN L 1946 BULOH KASAP JARIAH
ISTERI : NORAINI BT HJ ALI
  1. NAZRI
  2. ROZLINA
  3. SALIHIN
  4. ZAWIAH
  5. SHAMIRA
  6. NIZAM

37 IBRAHIM L 1950 BULOH KASAP JARIAH
ISTERI PERTAMA: RAMLAH BT HJ HARUN

  1. MOHD IZUDDIN
  2. MOHD FAIZAL HARIRI
  3. AHMAD MUSHASHI SALAHUDIN
  4. MOHD ALI OMAR
  5. NORLIANA
  6. NORDAYANA

ISTERI KEDUA: AINUN BT JUSOH

Akhir kata,semoga dengan adanya blog ini, dapat mengeratkan ikatan silaturahim.

Saya ingin berkongsi maklumat salasilah keluarga Hj. Abdullah Mahat yang dibangunkan oleh Ramizan Sulaiman seperti di website berikut:

http://www.myheritage.com/site-info-71416081/salasilah-haji-abdullah-bin-mahat-web-site

Sekiranya tidak dapat terus ke website berkenaan, sila layari http://www.myheritage.com dahulu dan search "Abdullah Mahat" atau "Salasilah keluarga Abdullah Mahat". Daftar sebagai ahli untuk melihat masuk.

Terima kasih

Adib Sulaiman

JASAMU DALAM KENANGAN (1875-1951)

DAM merupakan seorang dermawan. Tangannya sentiasa sahaja terbuka untuk menolong orang-orang susah. DAM sentiasa membantu tanpa mengira agama dan bangsa. Beliau sering mendermakan pakaian kepada orang-orang susah. Begitu juga mana-mana anak buah yang baru melangsungkan perkahwinan akan menerima hadiah daripadanya. DAM juga suka kepada binatang. Pernah pada suatu ketika beliau memelihara 200 ekor kucing. Beliau melarang keluarganya memukul kucing-kucing itu. Mengikut cerita DAM telah membuat mini-zoo dirumahnya. Diantara binatang-binatang peliharaannya ialah Napoh, Pelanduk dan Kancil. Beliau ada juga memelihara seekor burung tiong. Beliau sering juga mengiringi DYMM Sultan Ibrahim pergi memburu seladang. Lazimnya beliau dan seorang penghulu bernama Penghulu Omar akan membawa seramai 80 orang anak buah masing-masing. Dalam menjatuhkan sesuatu hukuman, beliau bersifat tegas dan adil. Beliau tetap menjatuhkan hukuman yang sama walaupun yang membuat salah itu anak kesayangannya. Pelajar-pelajar sekolah yang ponteng sekolah dan bermain daun terup juga ditangkap oleh DAM akan disuruh buat kebun sayur.
DAM sering memberi upah anak buahan yang suka membaca Surah Yassin. Kebiasaannya DAM akan member wang kepada sesiapa yang membaca surah yassin . Kadang-kadang beliau memilih beberapa orang anak buahan untuk memicit badannya. Pada masa itu di antara anak buahan yang sering disuruh memicit badannya ialah Abdullah Bin Baki, Cikgu Hussin Bin Abas dan Ramli bin Kandik. Upahnya ialah 0.05 sen seorang.

Menurut Hj Onn bin Hj Ahmad ( cucu kepada DAM), DAM pernah mendirikan berkahwin 9 kali iaitu:
1. Halimah Bt Kamar ( anak Ahmad dan Temah)
2.Serom Bt Adam ( anak= Abd Aziz, Adnan, Roshdi, Maznah, Khadijah, Zawiyah, Azizah, Asiah, Ahmad Shukor, Sulaiman (Pak Anjang), Zamnah, Yusof, Hamidah dan Sahil).
3. Esah Bt Bilal Ismail (tiada anak)
4.Mariam Bt Mohd Tahir (anak=Aliah, Nikmat,Abdul Samad, Fatimah (Toyah), Zaharah, Mustapa dan Jamaluddin)
5. Jaba Bt Suboh ( tiada anak )
6. Cik Wok ( tiada anak )
7. Som Bt Wok (anak= Aishah)
8. Zabedah Bt Ahmad (tiada anak)
9. Jariah Bt Ali (anak=Rosminah, Abd Manan dan Ibrahim -masih hidup)

Menurutnya lagi semasa DAM meninggal dunia, DAM meninggalkan 4 orang balu** iaitu Mariam Tahir, Kalsum, Mek Zabedah dan Jariah. Hj Ahmad telah memikul tanggungjawab, membantu menjaga kedua-dua ibu tirinya. Mengenai keadaan rumah DAM di Buluh Kasap, rumah tersebut mempunyai banyak bilik, Setiap isteri duduk dalam bilik masing-masing, DAM mempunyai bilik beliau sendiri, Terdapat kira-kira 10 bilik di rumah tersebut.Terdapat satu blok yang besar untuk dapur.Setiap isteri ada dapur masing-masing (masak pun masing-masing). Hj Onn merupakan anak kepada Hj Ahmad bin Dato Abdullah yang tinggal bersama-sama dirumah tersebut. Hj Onn sekarang berada di Tanjung Karang Selangor. 

  Satu perkara yang anih tentang DAM ialah disamping kuat berpegang teguh kepada ajaran agama, kepercayaan kepada petua-petua dan pantang larang orang tua-tua masih menjadi amalan dalam hidupnya. Malah sering benar beliau mengingat keluarga dan anak buahan nya supaya jangan sekali-sekali mengabaikan petua-petua dan pantang larang orang tua. Di antara petua dan pantang larang yang menjadi pegangan DAM dalam hidupnya ialah
a. Jangan sekali-sekali memarahi anak dengan menggunakan kata-kata kesat. Lazimnya memarahi anak dengan mengatakan “Engkau anak bertuah”.
b. Jangan berada diluar rumah waktu maghrib kecuali ada urusan penting.
c. Kalau orang beri duit semasa kita sedang makan, duit pemberian orang itu hendaklah diletakkan dibawah pinggan makan kita dulu.Kemudian simpan wang itu seelok-eloknya jangan dibelanjakan wang itu.
d. Lazimkan makan kepala ayam kononnya rezeki akan bertambah.

Pada bulan Ogos 1948 beliau pun di anugerahkan pingat DPMJ dan SMJ sekali gus oleh DYMM Sultan Ibrahim Johor ini membawa gelaran Dato kepada beliau. Pada masa itu Pegawai Daerah Segamat ialah Tuan Hj Noh Beirut. DAM ialah penghulu yang pertama di Daerah Segamat yang menerima gelaran Dato.

Menjelang tahun 1950, kesihatan DAM mulai terganggu. Penglibatannya dalam kerja-kerja sosial mulai berkurangan. Namun begitu atas jasa dan sumbangan terhadap kemajuan masyarakat setempat dan pembangunan Mukim Buluh Kasap khasnya. Pada suatu petang hari selasa, jam 5 petang tahun 1951, DAM pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semasa menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau meninggalkan seorang balu** Puan Jeriah Binti Ali yang merupakan isterinya yang terakhir, 35 orang anak dan 133 orang cucu dan 3 orang cicit. Jasadnya disemadikan ditanah perkuburan orang Islam yang terletak dibelakang Masjid Buluh Kasap, Segamat.

PEMBAHARUAN DAN PEMBANGUNAN

Walaupun semasa DAM menjadi penghulu Buluh Kasap, keadaan di mukim Buluh Kasap dan seluruh Segamat tenang dan aman, namun demikian kawalan perlulah diadakan dikampung-kampung supaya keselamatan penduduk kampong lebih terjamin. Untuk tujuan tersebut, DAM telah menubuhkan satu pasukan kawalan kampong terdiri daripada 40 orang kampong. Setiap pengawal dibekalkan dengan selaras senapang kayu dan sepasang uniform. DAM sendiri melatih pengawal kampong itu. Pasukan Kawalan Kampung Buluh Kasap ini pernah juga mengambil bahagian dalam perbarisan dihari-hari kebesaran yang diadakan di Segamat.


DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Seperti yang telah disentoh diawal rencana ini DAM, mengambil berat tentang hal-hal yang ada kaitan dengan agama. Pada tahun 1928, beliau telah mendirikan sebuah sekolah Arab yang bernama Madrasah al-Tambrin Nuddin Biharati .merupakan sekolah Arab yang pertama didirikan di daerah Segamat. Tiga orang guru iaitu Ustaz Hasbullah dari Muar, Ahmad bin Dato Abdullah (anaknya sendiri) dan seorang guru pelatih Ariffin bin Kutek dari Buluh Kasap telah dilantik untuk mengajar lebih kurang 200 orang pelajar. Gaji guru-guru tersebut dibayar oleh DAM sendiri. Sekolah Arab Buluh Kasap ini diperbuat daripada papan, bertiang dan beratapkan zing. Ia mempunyai 4 buah bilik darjah. Beberapa bulan selepas didirikan tenaga pengajar ditambah. Gurubesar menerima gaji RM25 sebulan, guru lain RM15 sementara guru pelatih menerima RM10 sebulan. Bahasa Arab, Usulludin, Fiqah dan Tasauf merupakan mata pelajaran yang diajar. Pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan setahun sekali. Kertas-kertas jawapan akan ditanda oleh Gurubesar dengan kerjasama dari tenaga pengajar dari sekolah Kalih Al Attas. Sambutan dari orang ramai terhadap penubuhan sekolah arab itu sangat menggalakkan. Masyarakat Islam menghantar anak-anak mereka belajar disekolah arab itu. Apabila bilangan penuntut semakin ramai, DAM pun mengambil keputusan untuk membina sekolah arab lagi didaerah Segamat. Beberapa tahun yang berikutnya , 3 buah sekolah arab sebagai cawangan sekolah arab Buluh Kasap pun di bina dikampong Sepinang, Kuala Paya dan Batu Ranggi. Jumlah tenaga pengajar pun diperbanyakkan. Diantara guru-guru yang mengajar sekolah-sekolah arab tersebut itu ialah Ustaz Marman bin Kasim, Ahmad bin Dawi, Abdullah bin Mohamad, Ahmad bin Sohor, Ariffin bin Kutek, Abdul Rahman Bin Mohd Salleh, Abdul Ghani bin Yusof, Abdullah bin Baki, Ahmad bin Dato Abdullah. Guru-guru perempuan Hajjah Asiah Binti Dato Abdullah, Azizah binti Dato Abdullah, Halijah Binti Dato Abdullah. Guru-guru yang mengajar di sekolah Arab Batu Ranggi, DAM mengarahkan mereka supaya tinggal disana. Manakala yang mengajar Sepang Loi dan Sepinang, mereka dibenarkan berulang alik kesekolah menunggang basikal yang dibelikan oleh DAM. Gaji guru-guru dibayar oleh DAM. Gaji minimum bagi guru tersebut ialah RM5 sebulan.

Wednesday, July 7, 2010

PEMBANGUNAN DAN PEMBAHARUAN

DALAM BIDANG SUKAN
 
Dato Abdullah Mahat (DAM) telah mengeluarkan sendiri perbelanjaan untuk membeli jersi bagi pasukan bola buluh kasap, pasukan bola sepak tersebut mempunyai jersi yang berwarna baju biru dan seluar putih. Seorang pawang bernama Tok Bilal Karun telah dilantik dan ditugaskan untuk memberi petua kepada pemain-pemain sebelum suatu pertandingan dimulakan. Pernah juga DAM sendiri memberi atur mengajar beberapa petua kepada pemain-pemainnya. Diantara petua-petuanya ialah: semasa masuk kepadang sebelum pertandingan mulakan tiap-tiap pemain mestilah dibaca dengan BISMILLAH dan selawat atas junjungan NABI MUHAMAD. Ikut belah kanan semasa masuk kedalam padang. Mengunyah tiga butir cengkih yang sudah dijampi oleh DAM sendiri. DAM juga berjanji jika pemain-pemainnya dapat mengalahkan pasukan lawan, beliau akan mengadakan suatu pesta joget. Seorang perempuan Joget yang terkenal bernama Maimon akan dijemput khas dari Melaka. Terdapat dua buah pasukan bola sepak di Buluh Kasap; pasukan –pasukan itu ialah Pasukan Bola Sepak Buluh Kasap “A” dan pasukan “B”. Diantara pemain-pemain pasukan A ialah : Yaakop Bin Amir (Penjaga Gol) Salleh Bin Santun (Pertahanan) Abd Majid Bin Abdullah (Pertahanan) Osman Bin Garun (Pertahanan Bahagian Kiri) Saat bin Sadik ( Pertahanan –Centre Half) Abdul Bin Karun (Kepten) Bakar (Penyerang) Likom Bin Kidin (Penyerang) Kising bin Ibrahim (Apit Kanan-Penyerang) Sihin bin Latip (Apit Kiri-Penyerang) Sahul Bin Karun (Penyerang). Pemain-pemain simpanan ialah Jailani Bin Hassan, Mohamad Aruf bin Ali, Jidid bin Mohamad Shah. Manakala jurulatihnya atau coach selain daripada DAM sendiri ialah Mr Sterling, seorang pengurus sebuah ladang getah di Segamat.
 
DALAM BIDANG EKONOMI
 
Selepas Perang Dunia ke-2, di Pekan Buluh Kasap diadakan pasar malam sebulan sekali, pasar malam ini di kenali dengan nama Pekan Bulanan. Pekan Bulanan ini diadakan berhampiran dengan Masjid Buluh Kasap. Tujuannya ialah untuk membolehkan orang kampong menjual hasil tanamannya. Pada peringkat awal penubuhannya, Pekan Bulanan ini tidak mendapat sambutan daripada orangramai. Memandangkan keadaan ini, DAM lantas menubuhkan sebuah kumpulan sandiwara. Seramai 20 orang kampong yang berminat dalam lapangan tersebut telah diambil dan dijadikan ahli dalam kumpulan itu. Kumpulan sandiwara buluh kasap ini mengadakan latihan seminggu sekali di rumah DAM. Tiap-tiap kali datang berlatih, para pelakun diberi makan dan minum percuma. DAM telah melantik En Yaakop sebagai ketua kumpulan sandiwara mukim Buluh Kasap. Semasa latihan DAM, sentiasa saja member tunjukajar tentang cara-cara berlakon kepada para pelakon. Segala peralatan termasuk pakaian para pelakon dikeluarkan oleh DAM sendiri. Cerita yang dipersembahkan oleh kumpulan sandiwara Buluh Kasap ini ialah yang bercorak purbawara. Untuk menarik ramai orang berkunjung ke Pekan Bulanan, Kumpulan Sandiwara itu mengadakan persembahan pada hari Pekan Bulanan itu diadakan. Seperti yang diduga oleh DAM, sejak itu orang-orang kampong dari merata-rata kampong di Segamat datang membanjiri Pekan Bulanan itu. Disamping membeli belah, mereka dapat pula dapat menonton persembahan sandiwara secara percuma. Kumpulan sandiwara Buluh Kasap ini ada juga menunjukkan persembahan pada hari-hari keramaian dan majlis-majlis perkahwinan di seluruh Daerah Segamat.