Followers

Thursday, July 15, 2010

JASAMU DALAM KENANGAN (1875-1951)

DAM merupakan seorang dermawan. Tangannya sentiasa sahaja terbuka untuk menolong orang-orang susah. DAM sentiasa membantu tanpa mengira agama dan bangsa. Beliau sering mendermakan pakaian kepada orang-orang susah. Begitu juga mana-mana anak buah yang baru melangsungkan perkahwinan akan menerima hadiah daripadanya. DAM juga suka kepada binatang. Pernah pada suatu ketika beliau memelihara 200 ekor kucing. Beliau melarang keluarganya memukul kucing-kucing itu. Mengikut cerita DAM telah membuat mini-zoo dirumahnya. Diantara binatang-binatang peliharaannya ialah Napoh, Pelanduk dan Kancil. Beliau ada juga memelihara seekor burung tiong. Beliau sering juga mengiringi DYMM Sultan Ibrahim pergi memburu seladang. Lazimnya beliau dan seorang penghulu bernama Penghulu Omar akan membawa seramai 80 orang anak buah masing-masing. Dalam menjatuhkan sesuatu hukuman, beliau bersifat tegas dan adil. Beliau tetap menjatuhkan hukuman yang sama walaupun yang membuat salah itu anak kesayangannya. Pelajar-pelajar sekolah yang ponteng sekolah dan bermain daun terup juga ditangkap oleh DAM akan disuruh buat kebun sayur.
DAM sering memberi upah anak buahan yang suka membaca Surah Yassin. Kebiasaannya DAM akan member wang kepada sesiapa yang membaca surah yassin . Kadang-kadang beliau memilih beberapa orang anak buahan untuk memicit badannya. Pada masa itu di antara anak buahan yang sering disuruh memicit badannya ialah Abdullah Bin Baki, Cikgu Hussin Bin Abas dan Ramli bin Kandik. Upahnya ialah 0.05 sen seorang.

Menurut Hj Onn bin Hj Ahmad ( cucu kepada DAM), DAM pernah mendirikan berkahwin 9 kali iaitu:
1. Halimah Bt Kamar ( anak Ahmad dan Temah)
2.Serom Bt Adam ( anak= Abd Aziz, Adnan, Roshdi, Maznah, Khadijah, Zawiyah, Azizah, Asiah, Ahmad Shukor, Sulaiman (Pak Anjang), Zamnah, Yusof, Hamidah dan Sahil).
3. Esah Bt Bilal Ismail (tiada anak)
4.Mariam Bt Mohd Tahir (anak=Aliah, Nikmat,Abdul Samad, Fatimah (Toyah), Zaharah, Mustapa dan Jamaluddin)
5. Jaba Bt Suboh ( tiada anak )
6. Cik Wok ( tiada anak )
7. Som Bt Wok (anak= Aishah)
8. Zabedah Bt Ahmad (tiada anak)
9. Jariah Bt Ali (anak=Rosminah, Abd Manan dan Ibrahim -masih hidup)

Menurutnya lagi semasa DAM meninggal dunia, DAM meninggalkan 4 orang balu** iaitu Mariam Tahir, Kalsum, Mek Zabedah dan Jariah. Hj Ahmad telah memikul tanggungjawab, membantu menjaga kedua-dua ibu tirinya. Mengenai keadaan rumah DAM di Buluh Kasap, rumah tersebut mempunyai banyak bilik, Setiap isteri duduk dalam bilik masing-masing, DAM mempunyai bilik beliau sendiri, Terdapat kira-kira 10 bilik di rumah tersebut.Terdapat satu blok yang besar untuk dapur.Setiap isteri ada dapur masing-masing (masak pun masing-masing). Hj Onn merupakan anak kepada Hj Ahmad bin Dato Abdullah yang tinggal bersama-sama dirumah tersebut. Hj Onn sekarang berada di Tanjung Karang Selangor. 

  Satu perkara yang anih tentang DAM ialah disamping kuat berpegang teguh kepada ajaran agama, kepercayaan kepada petua-petua dan pantang larang orang tua-tua masih menjadi amalan dalam hidupnya. Malah sering benar beliau mengingat keluarga dan anak buahan nya supaya jangan sekali-sekali mengabaikan petua-petua dan pantang larang orang tua. Di antara petua dan pantang larang yang menjadi pegangan DAM dalam hidupnya ialah
a. Jangan sekali-sekali memarahi anak dengan menggunakan kata-kata kesat. Lazimnya memarahi anak dengan mengatakan “Engkau anak bertuah”.
b. Jangan berada diluar rumah waktu maghrib kecuali ada urusan penting.
c. Kalau orang beri duit semasa kita sedang makan, duit pemberian orang itu hendaklah diletakkan dibawah pinggan makan kita dulu.Kemudian simpan wang itu seelok-eloknya jangan dibelanjakan wang itu.
d. Lazimkan makan kepala ayam kononnya rezeki akan bertambah.

Pada bulan Ogos 1948 beliau pun di anugerahkan pingat DPMJ dan SMJ sekali gus oleh DYMM Sultan Ibrahim Johor ini membawa gelaran Dato kepada beliau. Pada masa itu Pegawai Daerah Segamat ialah Tuan Hj Noh Beirut. DAM ialah penghulu yang pertama di Daerah Segamat yang menerima gelaran Dato.

Menjelang tahun 1950, kesihatan DAM mulai terganggu. Penglibatannya dalam kerja-kerja sosial mulai berkurangan. Namun begitu atas jasa dan sumbangan terhadap kemajuan masyarakat setempat dan pembangunan Mukim Buluh Kasap khasnya. Pada suatu petang hari selasa, jam 5 petang tahun 1951, DAM pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semasa menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau meninggalkan seorang balu** Puan Jeriah Binti Ali yang merupakan isterinya yang terakhir, 35 orang anak dan 133 orang cucu dan 3 orang cicit. Jasadnya disemadikan ditanah perkuburan orang Islam yang terletak dibelakang Masjid Buluh Kasap, Segamat.

2 comments:

  1. Salam,

    Menurut catatan Sulaiman Dato' Abdullah, isteri-isteri Dato' Abdullah Mahat bin Abd. Manan yang diceraikan adalah: Esah binti Bilal (Gelang Cincin, Segamat-1912), Jaba bt. Suboh (Kg. Sebatu, Merlimau-1925)dan Cik Wok (Terengganu-1927).
    Isteri-isteri yang meninggal adalah: Halimah bt. Kamar (berasal Sebatu, Merlimau pada 1917), Serom bt. Adam (berasal Kuala Paya, Segamat-1939),
    4 orang balu: Mariam bt. Mohd. Tahir (berasal Peringgit Pengkalan Rama Melaka), Som bt. Wok (berasal Pahang), Zabedah bt. Ahmad (berasal Kota Bharu, Kelantan) dan Jariah bt. Ali (berasal Buloh Kasap, Segamat)

    Terima kasih.

    Adib.

    ReplyDelete
  2. SALAM..
    adalah sangat membanggakan sekiranya dapat di adakan satu perjumpaan keluarga keturunan DAM yang besar ini supaya kita dapat saling mengenali.
    terima kasih.

    ReplyDelete