Followers

Wednesday, July 7, 2010

PEMBANGUNAN DAN PEMBAHARUAN

DALAM BIDANG SUKAN
 
Dato Abdullah Mahat (DAM) telah mengeluarkan sendiri perbelanjaan untuk membeli jersi bagi pasukan bola buluh kasap, pasukan bola sepak tersebut mempunyai jersi yang berwarna baju biru dan seluar putih. Seorang pawang bernama Tok Bilal Karun telah dilantik dan ditugaskan untuk memberi petua kepada pemain-pemain sebelum suatu pertandingan dimulakan. Pernah juga DAM sendiri memberi atur mengajar beberapa petua kepada pemain-pemainnya. Diantara petua-petuanya ialah: semasa masuk kepadang sebelum pertandingan mulakan tiap-tiap pemain mestilah dibaca dengan BISMILLAH dan selawat atas junjungan NABI MUHAMAD. Ikut belah kanan semasa masuk kedalam padang. Mengunyah tiga butir cengkih yang sudah dijampi oleh DAM sendiri. DAM juga berjanji jika pemain-pemainnya dapat mengalahkan pasukan lawan, beliau akan mengadakan suatu pesta joget. Seorang perempuan Joget yang terkenal bernama Maimon akan dijemput khas dari Melaka. Terdapat dua buah pasukan bola sepak di Buluh Kasap; pasukan –pasukan itu ialah Pasukan Bola Sepak Buluh Kasap “A” dan pasukan “B”. Diantara pemain-pemain pasukan A ialah : Yaakop Bin Amir (Penjaga Gol) Salleh Bin Santun (Pertahanan) Abd Majid Bin Abdullah (Pertahanan) Osman Bin Garun (Pertahanan Bahagian Kiri) Saat bin Sadik ( Pertahanan –Centre Half) Abdul Bin Karun (Kepten) Bakar (Penyerang) Likom Bin Kidin (Penyerang) Kising bin Ibrahim (Apit Kanan-Penyerang) Sihin bin Latip (Apit Kiri-Penyerang) Sahul Bin Karun (Penyerang). Pemain-pemain simpanan ialah Jailani Bin Hassan, Mohamad Aruf bin Ali, Jidid bin Mohamad Shah. Manakala jurulatihnya atau coach selain daripada DAM sendiri ialah Mr Sterling, seorang pengurus sebuah ladang getah di Segamat.
 
DALAM BIDANG EKONOMI
 
Selepas Perang Dunia ke-2, di Pekan Buluh Kasap diadakan pasar malam sebulan sekali, pasar malam ini di kenali dengan nama Pekan Bulanan. Pekan Bulanan ini diadakan berhampiran dengan Masjid Buluh Kasap. Tujuannya ialah untuk membolehkan orang kampong menjual hasil tanamannya. Pada peringkat awal penubuhannya, Pekan Bulanan ini tidak mendapat sambutan daripada orangramai. Memandangkan keadaan ini, DAM lantas menubuhkan sebuah kumpulan sandiwara. Seramai 20 orang kampong yang berminat dalam lapangan tersebut telah diambil dan dijadikan ahli dalam kumpulan itu. Kumpulan sandiwara buluh kasap ini mengadakan latihan seminggu sekali di rumah DAM. Tiap-tiap kali datang berlatih, para pelakun diberi makan dan minum percuma. DAM telah melantik En Yaakop sebagai ketua kumpulan sandiwara mukim Buluh Kasap. Semasa latihan DAM, sentiasa saja member tunjukajar tentang cara-cara berlakon kepada para pelakon. Segala peralatan termasuk pakaian para pelakon dikeluarkan oleh DAM sendiri. Cerita yang dipersembahkan oleh kumpulan sandiwara Buluh Kasap ini ialah yang bercorak purbawara. Untuk menarik ramai orang berkunjung ke Pekan Bulanan, Kumpulan Sandiwara itu mengadakan persembahan pada hari Pekan Bulanan itu diadakan. Seperti yang diduga oleh DAM, sejak itu orang-orang kampong dari merata-rata kampong di Segamat datang membanjiri Pekan Bulanan itu. Disamping membeli belah, mereka dapat pula dapat menonton persembahan sandiwara secara percuma. Kumpulan sandiwara Buluh Kasap ini ada juga menunjukkan persembahan pada hari-hari keramaian dan majlis-majlis perkahwinan di seluruh Daerah Segamat.

No comments:

Post a Comment