Followers

Thursday, July 15, 2010

PEMBAHARUAN DAN PEMBANGUNAN

Walaupun semasa DAM menjadi penghulu Buluh Kasap, keadaan di mukim Buluh Kasap dan seluruh Segamat tenang dan aman, namun demikian kawalan perlulah diadakan dikampung-kampung supaya keselamatan penduduk kampong lebih terjamin. Untuk tujuan tersebut, DAM telah menubuhkan satu pasukan kawalan kampong terdiri daripada 40 orang kampong. Setiap pengawal dibekalkan dengan selaras senapang kayu dan sepasang uniform. DAM sendiri melatih pengawal kampong itu. Pasukan Kawalan Kampung Buluh Kasap ini pernah juga mengambil bahagian dalam perbarisan dihari-hari kebesaran yang diadakan di Segamat.


DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Seperti yang telah disentoh diawal rencana ini DAM, mengambil berat tentang hal-hal yang ada kaitan dengan agama. Pada tahun 1928, beliau telah mendirikan sebuah sekolah Arab yang bernama Madrasah al-Tambrin Nuddin Biharati .merupakan sekolah Arab yang pertama didirikan di daerah Segamat. Tiga orang guru iaitu Ustaz Hasbullah dari Muar, Ahmad bin Dato Abdullah (anaknya sendiri) dan seorang guru pelatih Ariffin bin Kutek dari Buluh Kasap telah dilantik untuk mengajar lebih kurang 200 orang pelajar. Gaji guru-guru tersebut dibayar oleh DAM sendiri. Sekolah Arab Buluh Kasap ini diperbuat daripada papan, bertiang dan beratapkan zing. Ia mempunyai 4 buah bilik darjah. Beberapa bulan selepas didirikan tenaga pengajar ditambah. Gurubesar menerima gaji RM25 sebulan, guru lain RM15 sementara guru pelatih menerima RM10 sebulan. Bahasa Arab, Usulludin, Fiqah dan Tasauf merupakan mata pelajaran yang diajar. Pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan setahun sekali. Kertas-kertas jawapan akan ditanda oleh Gurubesar dengan kerjasama dari tenaga pengajar dari sekolah Kalih Al Attas. Sambutan dari orang ramai terhadap penubuhan sekolah arab itu sangat menggalakkan. Masyarakat Islam menghantar anak-anak mereka belajar disekolah arab itu. Apabila bilangan penuntut semakin ramai, DAM pun mengambil keputusan untuk membina sekolah arab lagi didaerah Segamat. Beberapa tahun yang berikutnya , 3 buah sekolah arab sebagai cawangan sekolah arab Buluh Kasap pun di bina dikampong Sepinang, Kuala Paya dan Batu Ranggi. Jumlah tenaga pengajar pun diperbanyakkan. Diantara guru-guru yang mengajar sekolah-sekolah arab tersebut itu ialah Ustaz Marman bin Kasim, Ahmad bin Dawi, Abdullah bin Mohamad, Ahmad bin Sohor, Ariffin bin Kutek, Abdul Rahman Bin Mohd Salleh, Abdul Ghani bin Yusof, Abdullah bin Baki, Ahmad bin Dato Abdullah. Guru-guru perempuan Hajjah Asiah Binti Dato Abdullah, Azizah binti Dato Abdullah, Halijah Binti Dato Abdullah. Guru-guru yang mengajar di sekolah Arab Batu Ranggi, DAM mengarahkan mereka supaya tinggal disana. Manakala yang mengajar Sepang Loi dan Sepinang, mereka dibenarkan berulang alik kesekolah menunggang basikal yang dibelikan oleh DAM. Gaji guru-guru dibayar oleh DAM. Gaji minimum bagi guru tersebut ialah RM5 sebulan.

1 comment: